Wednesday, October 26, 2016

Pentingkah Medikal Kad?

Adakah kita tahu bila kita akan ditimpa sakit?

Adakah kita tahu bila kita akan ditimpa kecelakaan atau kemalangan?

Mampukah kita menanggung beban rawatan yang semakin meningkat?

Tahukah anda Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki berkata kesedaran dan kefahaman umat Islam khususnya terhadap industri takaful ini masih berada pada tahap yang cetek dan sangat rendah sekali, yang mana berdasarkan statistik hanya 10 peratus walaupun sudah menjangkau (umur) 30 tahun.- Malaysiakini
Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/338405

Bayangkan jika anda ditimpa kemalangan, anda terpaksa menanggung bil perubatan yang tinggi. Jadi anda terpaksa membuat pinjaman peribadi atau swap sahaja kad kredit. Lebih malang lagi ada juga yang terpaksa membuat pinjaman Ah Long sehingga menyebabkan mereka dibebani oleh hutang yang tinggi bunganya.





Persoalannya " Apakah persediaan kita? "

Cuba anda hayati kisah ini

Kos Perubatan Yang Menakutkan.

Siapa kata untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan adalah PERCUMA?

Ikuti kisah sahabat baik saya ini. Beliau merupakan seorang lelaki yang berusia 30an dan merupakan seorang pemandu lori. Pada suatu hari sahabat saya ini mengalami sakit bisul dibahagian pinggul. Mulanya hanya bisul biasa sahaja. Tahan, tahan dan terus tahan. Tiba disuatu masa, bisul itu meletup katanya ibarat gunung berapi meletup. Disebabkan tidak tahan dan terkejut, akhirnya sahabat saya ini dibawa ke hospital oleh isteri dan seorang lagi sahabat baiknya. Bermulalah kisah rawatan disalah sebuah hospital kerajaan.

Doktor memberitahu kepada sahabat saya ini bahawa dia perlu di bedah kerana terdapat nanah. Disitulah sahabat saya ini disahkan menghidap diabetics. Bacaan gula 14. Hari pertama dibedah, banyak nanah yang dikeluarkan. Bak kata sahabat saya itu, "berlubang dah sebelah pinggul aku". Keesokkan harinya doktor datang sekali lagi untuk melihat semula kawasan pembedahan dan kata doktor, pembedahan kedua perlu dilakukan kerana ada lagi nanah dikawasan tersebut. Pembedahan kedua dilakukan. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Keesokkan harinya, doktor pakar datang melawat dan melihat bahagian pembedahan tersebut dan doktor pakar mengesahkan pembedahan kali ketiga perlu dilakukan kerana nanah tersebut telah merebak ke pinggul yang sebelah lagi. Pembedahan dijalankan dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar.  3 minggu berada di hospital bagi menyelesaikan treatment.

Selesai treatment, sahabat saya ini dibenarkan pulang tapi bersyarat. Langsaikan dulu bayaran hospital. Terkejut juga sahabat saya ini dan siapa kata treatment ni murah dan FREE? Sahabat saya ini perlu jelaskan sebanyak RM560. Bersyukur kerana sahabat saya ini memiliki   simpanan dan mampu bayar bayaran tersebut. Sahabat saya ini terpaksa bergantung kepada insulin. Katanya juga selepas ini, untuk mendapatkan insulin, perlu dibayar. Berapa jumlahnya? Belum diketahui.

Siapa kata hospital kerajaan kalau kita masuk FREE? Inilah realitinya. Kisah benar daripada salah seorang sahabat saya. Ini baru treatment bisul, bayangkan kalau kita disahkan sakit yang lebih teruk daripada ini.


Selepas keluar dari hospital, sahabat saya ini diberi 30 hari MC. Kemudian check-up susulan dilakukan dan tambahan mc sebanyak 21 hari dan 14 hari. Sehingga hari ini sahabat saya tidak dapat meneruskan kerja. Sehinggakan offer letter daripada majikan pun telah dikeluarkan. Offer letter apa? Cuba anda teka?


Apakah yang anda perlu lakukan sekarang?

Sekarang kos rawatan perubatan anda dapat dibantu jika anda menyertai plan medikal kad takaful.

Jika anda sertai sekarang, anda akan terus diberi perlindungan kemalangan serta merta selepas polisi diluluskan. 

Maksudnya, jika ditakdirkan anda mengalami kemalangan jalan raya sehingga terpaksa membuat pembedahan masuk besi. Medikal Kad Takaful sudah boleh digunakan untuk menanggung kos rawatan pembedahan tersebut. Ok tak?